Resepi Korean Spicy Chicken Keknis
August 22, 2017
Hai all! Dah lama rasanya tak berupdate blog ni. Almaklumlah sis busy dengan business baru sis; De'Xandra Perfumes. Jemput lawat FB page di bawah ya! :D
Anyway dalam kekalutan berbisnes ni, sis masih lagi sempat try menu baru untuk masak. Setelah berminggu lamanya mood malas merasuk, akhirnya dah hilang thanks to De'Xandra (INI SERIOUS, wearing perfumes will impact your mood!).
Jadi sis pun dah coba resepi Korean Spicy Chicken by Keknis...ala, Hanis Zalikha, the famous blogger and celebrity tuu...dia memang rajin memasak juga..dan dia share kat Insta Story dia.
Last time I ate Korean Spicy Chicken was during my trainees farewell at Hanbing, IOI City Mall.Pedas gilaaaa hokey tapi sedap! Rasa dia manis,masin,masam sikit tapi pedas dan kebabom! the crunchiness of the chicken + the caramelized hot spicy sauce just..wow! Dan pulak tu, senang je rupenye nak prepare..hehehe...jom kite tengok apa bahan-bahannya..kali ni sis tak sempat nak tangkap flatlay ingredients, sebab lepas je balek kedai pukul 10.30 terus bertukang kat dapur laju-laju sebab nanti husben nak balek lunch...dengan dua orang budak kecik tu punya drama lagi..nasib baik sempat..phewh!!
Resepi Korean Spicy Chicken Keknis
Credit resepi : Hanis Zalikha
*Sis alter resepi untuk dua orang makan ok.Kalau video asal, Keknis masak lagi banyak*
Bahan A
6-7 ketul kepak ayam / peha ayam (sis guna isi ayam, potong kecik2)
1 sudu besar lada hitam
1 inci halia
Bahan B
1 cawan light soy sauce Adabi
2 sudu besar gula perang
2 sudu kecil madu
4 sudu besar serbuk cili Faiza
Bahan C
3 ulas bawang putih - didadu
10 biji cili kering - dipotong kecik2 , direndam, dan ditoskan
Bahan D
Bijan ikut suka nak letak banyak mana - disangai
Gajus pun sama
Cara-caranya:
1. Perap Bahan A selama lebih kurang 5 minit, lebih takpe. Kemudian goreng deep fried sampai masak garing. Asingkan sekejap.
2. Satukan Bahan B ni dalam satu mangkuk, ketepi kan dulu.
3. Panaskan minyak. Tumis Bahan C sampai naik bau.
4. Masukkan Bahan B dan tunggu hingga dia mendidih. Tak perlu letak garam pun sebab dah masin, tapi kalau masin sangat boleh la tambah gula perang / madu lagi. Kalau kurang pedas, tambah lagi cili powder. Ingat, resepi ni keknis pun bagi agak2 so sis pun agak2 juga. Taste your cooking wisely yach.
5. Lepas dah perfect semua, terjunkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam kuali bahan B.kacau sampai rata.
6. Last sekali,barulah tabur bahan D iaitu kekacang itu..dan siap!!
Senang je kan? Dan inilah hasilnya..sedaaaaap!
Ni je gambar yang ada, dah tak sabar sangat nak makan tadi, yums! |
Ok, itu aja dari sis. Selamat Mencoba!
PS: Sesiapa nak beli perfume De'Xandra? Boleh la contact sis ya. :D
1 comments
Cili kering tu tak perlu blend?
ReplyDelete