Puding Kastard yang simple!
September 11, 2017Haritu, saya ada buat Puding Roti + Kuah Kastard..pudingnya memang habis licinlah, tapi banyak pulak kuah kastard tu...so alang2 nak habiskan kuahnya, maka saya pun cuba la resepi Puding Kastard ni...
Resepi ni sangat simple..sedap pulak tu! Jom kita tengok apa bahan-bahannya..
Resepi Puding Kastard
1 cawan tepung kastard
5 cawan air
1/2 cawan susu cair / sejat - saya guna susu dutchlady..ok la. tapi kalau guna susu sejat lagi lemak berkrim!
1/2 cawan gula
*1 tin buah-buahan campuran/laici - saya guna laici , yang kakak saya beri haritu hehe.
1. Satukan semua bahan di atas kecuali *tin buah.
2. Panaskan di atas dapur menggunakan api sederhana dan masak hingga kelihatan pekat dan licin.
3. Tuang ke dalam acuan. Sejukkan sebentar di suhu bilik. Kemudian baru masuk dalam peti, siap!
Resepi Kuah Kastard
*Refer link ni.
Cara Hidangan
-Semasa menghidang, letak kuah kastard yang telah disejukkan di atas puding. Kemudian tambah sedikit air buah tin, dan buah-buahannya. Perghhh nikmattt!
Haaa. senang je kan? Definitely will be my go-to recipe bila ada orang datang rumah dan bahan-bahan mencukupi..hehe.
Selamat Mencuba!
0 comments