Brownies Kedut confirm kedut!

September 11, 2017


Brownies kedut ni pernah viral dan menjadi kegilaan pencinta brownies suatu masa dahulu. Wani pun tak sure juga kenapa kedutan itu menjadi kegilaan; mungkin lah sebab cantik? Eh bukankah wanita anti-kedutan ke? haha. mungkin untuk brownies terkecuali.

Resepi ini adalah ilham dan sumbangan abam Khairul Hakimin Muhaimin, seorang figure yang famous dengan resepi-resepi beliau di FB. Resepi ini sahaja telah dishare sebanyak 1.7k ! Wow. begitu hebat penangan abam ni. Wani suka baca resepi beliau, sebab cara beliau explain resepi tu cukup bersederhana, penuh jenaka dan santai gitu.

Ok.berbalik kepada resepi, brownies ni merupakan kali kedua rasanya Wani buat brownies. first time buat dulu masa study kat UTP, guna resepi mat salleh mana tah. I love brownies which are fudgy and gooey. And this recipe, if done right, will be fudgy too! tapi not much on gooey, tapi still, sedap weh gua tak tipu. masa buat adunan tu pun oh mai sabar jela bau coklat cair tu...sungguh sedap!

Dan resepinya, adalah seperti berikut:

Resepi Brownies Walnut by Khairul Hakimin Muhaimin
Original post can be found here.

250 gm Dark Choc Compound - Wani guna Beryl's..around RM 5 plus gitu harganya.
80 gm Milk Choc Compound - pun jenama Beryl's
250 gm butter - buttercup je
180 gm tepung gandum
250 gm gula caster
80 gm serbuk koko - Van Houten's
1/2 cawan walnut - simpan a few untuk hiasan, the rest chopped
4 biji telur gred A - wani guna B
1 sd kecil baking powder
1 sd kecil esen vanilla - Chef Amir's

Cara-caranya

**Panaskan ketuhar ; 180 darjah.

1. Cairkan butter + milk choc + dark choc guna kaedah double boiler di atas dapur.
2. Di dalam bekas lain, kacau gula + telur + esen vanilla hingga gula hancur. Ketepikan.
3. Ayak tepung gandum + serbuk koko + baking powder.
4. Ok, campuran coklat atas dapur tadi dah cair kan? So, masukkan campuran coklat + butter tu ke dalam bekas yang ada gula + telur + esen vanillah tu. Tuang terus je, tak payah tunggu sejuk pun dakpe. Kacau guna whisk, sampai adunan rasa berat. Kalau tak rasa berat tu maksudnya adunan belom sebati lagi.
5. Gaul chopped walnut tadi dalam bekas yang ada tepung tu, kemudian humbankan tepung bersama walnut itu ke dalam bekas adunan coklat tu.Menggunakan spatula, kacau secara kaup balik. Kaup balik JE tauu!!
6. OK dah siap pun adunan, masukkan ke dalam acuan untuk dibakar. Resepi ni boleh dapat 2 bekas kalau guna acuan 8x8. memandangkan oven wani kecik je, so guna acuan 9x9 jela. tebal sikit brownies nya tapi sedap jeee.
7. Bakar adunan selama 35 minit guna api atas bawah atau sehingga masak.nak tau masak ke tak cucuk lidi, kalau bersih tu masaklah.

Nota : awal-awal keluar dari oven tu dia tak kedut lagi...tapi sabar jap sis. Bila dia sejuk sikit, haaa engko tengok la sendiri gambar bawah ni. Cun kan kedutannya?? :P

Ps: Resepi ini sangat lah sedap dan sedap dan sedap..faham ke faham??



You Might Also Like

0 comments