Donut Pandan Gebu tanpa uli!

September 13, 2017


Malam kelmarin, saya terasa terlebih rajin pula. Siangnya, duduk scroll IG, ramai pula orang yang saya follow duk buat Donut Pandan Gebu ni. Teruja lah pulak, tengok hasil masing2.

Resepi donut ni saya cedok daripada FB juga, daripada salah seorang ahli group FB Masak Apa Hari Ini. Bestnya resepi ini, sebab tak perlu nak uli lama-lama doh tu. dan bahan-bahan dia pun kebetulan ada kat rumah. Biasanya kalau meroti ni, orang guna tepung high-protein atau tepung roti kan? resepi ni guna tepung gandum je, tapi maintain gebu. OK lah, jom tengok bahan-bahannya pula.

Resepi Donut Pandan Gebu tanpa Uli

Bahan-bahan

Bahan A
4  cawan tepung gandum
2 sd teh baking powder
2 sd besar butter / mentega
1 sd teh garam

Bahan B
1 peket yis (11 g) - saya guna instant yis
2 sd besar gula
2 sd besar susu pekat
1 cawan air pandan - saya blend 6 helai daun pandan + 1 cawan air suam, kaler donut jadi hijau cuma kurang rasa pandannya, mungkin kualiti daun pandan pun main peranan juga.

Cara-cara:

1. Satukan Bahan B dalam satu bekas. Biarkan ia mengembang selama 10 minit.

Tu diaa.saya terbiarkan ia lebih 10 minit. tu yang kembang over tu.
 2. Satukan Bahan A pula. Gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.


3.Masukkan bahan B yang dah kembang tu ke dalam bekas Bahan A.Gaul hingga rata. Adunan akan jadi sedikit lembik dan melekit di tangan. Tapi jangan risau, gebu punya. Biarkan doh rehat selama 45 minit - 1 jam, sehingga ia berkembang dua kali ganda saiz asal. - tapi dalam kes Wani, adunan tak jadi lembik pun, dia jadi mcm doh kuih, just nice ,tak melekit di tangan. although ramai blogger lain buat jadi lembik dan melekit. tak tahu lah mana silapnya, tapi still gebu tau!


Kalau nak tau yis tu aktif ke tak, bila masuk tu dia berbuih, haa aktif la tu.kalau tak berbuih, mungkin tu yis yang dah lama kut.
 4. Lepas doh dah kembang, canai dan terapkan guna acuan donut. Wani guna acuan kuih peniram, jadilah mini donut. Dapatla produce lebih kurang 45 ketul. Lepas terap, rehatkan dulu 15 - 30 minit, sebelum di goreng.

Sebelum rehat.

Selepas rehat. Donut tu makin kembang, perasan tak? kalau nak skip 15 minit tu boleh tapi nanti kuranglah gebunya..hehe.
 5.Lepas 15 minit, goreng la macam biasa guna api sederhana, sampai  donut keperangan. Tapi memandangkan Wani siap pun tengah2 malam, jadi nak frozenkan aja, so goreng la kejap untuk matikan yis tu, tak perlu sampai perang. Sejukkan dan simpan dalam bekas, kemudian frozenkan.


Hasil lepas goreng. :D


Taraaaa. hasilnya lepas siap semua. Helok je warna hijau tu, cuma kurang rasa pandan. Mungkin nak rasa lebih pandan, guna pandan paste atau tambah perisa pandan? Texture wise, sama rasa mcm donut frozen yang jual kat pasaraya. Crunchy on the outside but gebu in the inside. Tak dapat beat donut Tesco lagi. Tapi  sedap sebab air tangan seorang isteri kan HAHAHA.



You Might Also Like

0 comments