Resepi Mee Lidi Goreng Simple 5 step!

September 15, 2017

Salam hujung minggu semua! Long weekend setiap minggu nampaknya kita September ini kan? alhamdulillah. semoga dimanfaatkan sebaiknya long weekend itu ya.

Harini terasa masih lemau, selsema dan demam dah semakin pulih tapi....penyakit M pula mari menjengah. Haih. Makanya, terasa begitu Malas sekali nak memasak, atau pun membuat kuih. Nasib baiklah ada ternampak sepeket Mee Lidi yang dibeli tempohari. alang-alang husband pun request nak makan mee goreng, maka terhasillah Mee Goreng Lidi simple ni.

Sebenarnya, saya belajar resepi ni daripada bonda saya. Mee ni dia panggil Mee Bodo - sebab takde bahan lain dalam mee tu, i.e. ayam /sayur/taugeh - sememangnya mee dan bahan kisar semata. Tapi tak eloklah rezeki nama macam tu, so saya rebrand balek mee ni jadi Mee Cerdik ; walaupun, isinya masih, mee semata-mata. haha.

Jom kita tengok, macam mana nak buat Mee Lidi Goreng ni:

Resepi Mee Lidi Goreng (untuk 2-3 orang makan)

Bahan-bahan:

1/2 paket Mee Lidi jenama gambar Naga
5 tangkai cili kering*
4 biji bawang merah*
1 biji bawang putih*
Secubit belacan*
Sejemput udang kering - ditumbuk kasar
Sedikit gula Melaka
Sedikit Kicap Lemak Manis

Cara-cara:

1. Rebus mee lidi hingga lembut dan masak
2. Kisar bahan bertanda *.
3. Tumis bahan kisar menggunakan api slow. Masukkan sedikit gula Melaka, kicap manis dan udang kering yang telah ditumbuk kasar tadi. Masak hingga sedikit garing.
4. Masukkan mee lidi yang telah direbus tadi. Gaul rata dan tutup api.
5. Selepas lebih kurang 15 minit, perasakan mee goreng dengan garam secukup rasa dan sedia dihidangkan.

Mudah bukan? Sedap pun sedap. Feveret saya masak sekolah dulu. Makan pulak dengan keropok....memang ummmphh!



You Might Also Like

0 comments