Kek Marble Sedap

October 24, 2017


Kek Marble paling sedap di hati suami saya.eh.

Yuhuu! kembali lagi bersiaran bersama hakak Wani dalam rancangan Ketuk-ketuk Bukan Ramadhan!! haha. kalini versi siaran ulangan je sebab dah lama delay nak tulis resepi kek marble ni. tak silapnya buat minggu lepas kot.

Bila usia dah makin menganjak ni, dah tak terasa sangat nak makan kek red velvet ke, kek carrot ke, kek manis2 semua tu mcm dah tak menarik....am i that old? oh well. we are gonna age anyway. so last week Wani mengidam sangat nak makan kek simple2..dan kebetulan teringat pulak kalau kat kedai ada jual kek marble ni...terasa mcm eh why not give it a try? dan husben pun suka jugak makan kek ni (walaupun dia kata dia suke kek coklat,but that was before he tasted my kek gulung in my next post!) so try la jugak buat kan...kek ni juga kegemaran ibu wani, tapi sayangnya beliau dah balek KL dah pun...belanja gambar jela eh..

Dan tentang resepi ni..resepi ni memang superb la! SEDAP GILA serious tak tipu!! padahal wani guna buttercup biasa je, pun dah sedap..kalau guna Lurpak ke SCS ke confirm lagi sedap agaknya.. dan kek ni, kalau simpan dalam bekas, makin hari, makin bertambah moist dan lemaknya tau! so makin hari makin sedap! i would recommend you to bake this cake one day earlier of your event (the same goes for butter cakes as well). Seriously, kalau korang penggemar kek simple, mohon cuba resepi ni, tak menyesal punya!

Ok, resepinya adalah seperti berikut:

Kek Marble Trio Lebaran
Kredit : FB page Azlina Ina

Bahan-bahannya:

Tiada dalam gambar ; telur. 

Bahan A:
4 biji telur - wani guna 5 biji telur saiz C sebab tu je yang ada lol.
3/4 cawan gula halus
1 sb ovelate
1 sk esen vanila
Bahan B
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1 sk baking powder
- ayak bahan tepung di atas

Bahan C
250 grm butter
5 sb susu pekat manis
- mix sampai kembang (bertukar warna pucat)

1.Mix bahan A di atas guna high speed sampai kembang - bila angkat paddle tu, dia meninggalkan 'jejak'
2.Masukkan bahan B (tepung) ke dalam bahan A sedikit demi sedikit dan mix lagi lebih kurang 3 minit
ketepikan.Mix sampai sebati je,jangan overbeat pula.
3.Kemudian masukkan pula adunan tadi ke dalam bahan C yang telah kembang tadi. kaup balik sahaja.
4.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian; satu bahagian campurkan 3 sb serbuk koko dan sebatikan adunan.
5. Sediakan bekas aluminium saiz 7 - Wani guna saiz 9 in , so kek jadi nipis sket ala2 slice cake.
6. Masukkan adunan berselang-seli cokelat dan putih.
7. Ratakan adunan menggunakan adunan putih - untuk background corak nanti je, takde pon takpe.
8. Lorekan setelah letak adunan cokelat mengikut kreativiti korang. Guna lidi je..
9. Panaskan oven 170 selama lima minit. Masukkan bekas dan turunkan suhu 160 dan bakar selama 45 - 50 minit bergantung oven masing-masing.


Gambar seni tangan seorang Wani..hahaha

Fresh from the oven..kek agak nipis tapi ok jeee.. nak tebal guna loyang 7 in ya.

Pandangan atas..moist kan ah sedap.



You Might Also Like

1 comments