Kek Gulung Semudah ABC!

November 07, 2017

Wokeh. Entry ni dah lama terperam, hampir-hampir sis hilang ingatan terhadap kewujudan resepi ini.haha.Kek Gulung, a.k.a Swiss Roll Cake ni sebenarnya kegemaran suami sis. Dia suka betul la beli kek gulung ni kalau singgah pasaraya. Tu yang menjadi inspirasi untuk Wani buat kek ni, i mean, why not? Tengok resepi pun, mula3 macam susah jek, tapi bila buat tu alahai senang sangat rupanya! hahahahah amboi.

Rasa resepi kek ni, sedapp! ala2 marble kek juga, actually bahan base dia pun sama, kuantiti je lain..dan lain la kan dari yang jual kat kedai, kalau kat kedai tu boleh rasa la lagi telurnya...dan mestila sebab hasil air tangan sendiri, maka bertambah la sedap keknya, kan?hahaha *angkat bakul sangat ni rajin nohh* ok jom kita tengok, senang tak senang kek gulung ni, ayuh!!




Resepi Kek Gulung Marble 
Kredit asal: http://rasa2selera.blogspot.my/2013/08/batik-swiss-roll-kek-gulung-batik.html

Bahan-bahan:



BAHAN A
- 6 biji telur saiz A
-100 gm gula kastor
-1 sdb ovalette
-1 sk esen vanila
-100 gm butter dicairkan - buttercup aja sis guna

BAHAN B
-1 sk baking powder
-80 gm tepung hong kong - Wani guna tepung pau, left over pau cendawan haritu, apparently sama je ye tepung pau = hong kong
-1 sdb susu tepung - guna je budak2 ni punya susu hahhaha

-1 sdb tepung koko


Dan untuk cream tengah kek, wani prefer guna buttercream. Kalau nak guna jem pun boleh, nuttella pun boleh, ikut tekak dan bajet masing2 ya...

Resepi Buttercream:
Kredit resepi asal : http://www.aziekitchen.com/2013/05/krim-mentega-yang-sangat-sedap.html

-150 gm krimwell
-150 gm butter
- 180 gm Susu pekat - kalau tak manih,tambah la secukup rasa - letak sikit2, kalau nak manis tambah la sikit2
-3 sdb gula aising - wani blend aja gula kasar tu, haa jadilah gula aising, bijak bijak.

-Pukul semua bahan high speed hingga sebati. Adjust kemanisan wisely then siapppp.

Cara-caranya:

1. Griskan loyang 9x9 atau guna loyang kek gulung tu..tapi kalau guna 9x9, boleh dapat 3 adunan...gris dan letak parchment paper ya...jangan tak letak, nanti dia lekat tau...walaupun dah gris and lightly tepung loyang tu..sebab kek ni nipis and ringan...ehhh jangan banyak songeh ikut jela teacher ajor ni..panaskan oven to 170 degree or ikut la oven hangpa lain oven lain ragam...


2. Ayakkan bersama bahan B KECUALI tepung koko..ketepikan.

3. Pukul semua bahan A KECUALI butter tu....maksudnya telur,gula, ovalette and vanilla essence tu...pukul high speed...lebih kurang 7-10 minit sampai dia meninggalkan jejak...hahaha macam buat kek marble tu la..

Bahan A sebelum dipukul

Bahan A..dipukul high speed...pada minit2 terawal..

Bahan A lepas dipukul High Speed selama 10 minit...warna pun dah pucat..texture pun lain..
4. Lepas tu, baru masukkan bahan B yang telah diayak..pukul guna low speed around 2-3 minit sampai tepung sebati..jangan terlebih pukul ya..

5. Then masukkan butter yang dah dicairkan...kaup balek aja hingga sebati..bahagikan adunan kepada 3 bahagian...sebab guna acuan 9x9 tu kan..ambik sikit adunan dan letak serbuk koko..tujuannya untuk buat corak je...hehe

Ni lepas dah masuk butter cair..

Rupa lepas dicorak, sebelum bakar
6. Bakar kek selama 10-15 minit atau sehingga masak.

Rupa kek lepas masak..perhatikan gap tepi loyang tu..tu meaning kek dah masak laa..
7. Lepas masak, terbalikkan kek dan terus gulung guna kain panas-panas tu...gulung dengan kain2 nya sekali..dan biarkan kek dalam gulungan tu sebentar..

Rupa kek selepas gulung...nampak tak bahagian bawah ni dia macam ada kesan gulung?haa itulah yang kita cari..
8.Lepas 3-5 minit gitu, bukak gulungan kek dan kita boleh nampak kesan gulungan pada kek tu...maka masa ni, boleh la nak sapu cream / jem / nutella...lepas letak krim, gulung la balek macam biasa dan simpan kek dalam cling wrap tu...siappp.Simpan kek dalam peti sejam dua sebelum dipotong sebab nak bagi dia stable dlu dalam bergulung..err get what i mean?

Sapu tebal tebal baru umphh!

Dapat la 3 gulung guna resepi ni...saiz loyang 9x9 tauu...



Rupa kek lepas potong...yum yumm!

Selamat Mencuba!

You Might Also Like

0 comments