Cara Renew Roadtax yang dah mati

October 16, 2017

Baru je balik daripada kiosk MyEG untuk renew roadtax + insurans kereta. Dah hampir dua bulan mati sebenarnya, dan dah hampir dua bulan jugak la kereta tak bergerak, menghiasi laman porch depan rumah hahaha. Siap ada sawang lagi dalam tu, amboi. Memandangkan unpaid leave ni pun dah nak berakhir, maka terpaksalah juga pegi renew roadtax tu kan...


Mula-mula cuak jugak nak renew lambat, takut kena denda ke apa. Tapi alhamdulillah, lepas google pun orang kata takde kena denda apa pun, proceed je macam biasa. OK la.

Then cuba juga nak renew via portal MyEG macam yang pernah buat dulu, tapi bila nak renew insurance tu, keluar pulak error kata 

"Your vehicle has exceeded 30 days of last due date for renewal." 

So, bila chat dengan help, dia kata kena call hotline MyEG (1-300-333-8888) or visit the nearest kiosk/branch/agent. Cuba call hotline, memanjang pulak busy. Maka terpaksalah pergi jugak kiosk myEg. kat Paka ni selalu pergi yang dekat sebelah hotel Dalyla Inn tu...


Sumber : Google Maps

Wani renew guna insurans Etiqa - sebab dapat diskaun untuk staff Pet - hehe. so bila agent tu bagi quotation, dia cakap mulai sekarang. 

KALAU RENEW ROADTAX/INSURANS LEPAS 30 HARI DARI TEMPOH TAMAT ROADTAX, KENA AMBIL GAMBAR KERETA ; DEPAN, BELAKANG, KIRI DAN KANAN..

Gambar tu pulak kene bagi kat agent tu untuk dia proceed buat insurans tu...tak tau ni terhad untuk insurans Etiqa sahaja je , or memang apply to all... so nasib baik la tadi bawak kereta yang nak direnew tu, kalau tak dah satu hal nak kena patah balek amek gambo kereta pula ye dok?

DAN TAKDE PAPE DENDA PUN OK.

Dah. Jangan risau. Pergi renew cepat roadtax tu. Kang kalau kene roadblock, melayang lagi banyak duit. Silap haribulan kene tarik lesen pulak.

PS: ni untuk orang yang nak renew lebih 30 hari dan kurang dari setahun je. Dengar cerita kalau dah lebih setahun. kene pegi PUSPAKOM pula. 

You Might Also Like

0 comments