Kek Snow Cheese mudah dan sedap!

September 25, 2017


Hari ini nak share pulak resepi yang Wani baru cuba semalam..resepi Kek Snow Cheese!

Pandangan atas.

Pandangan sisi

Pertama kali makan dua tahun lepas, ofismate Wani bawa pergi ofis. Lepas tu ada juga Wani sempat tempah dua laki, sekali masa birthday ibu, dan lagi sekali masa pregnantkan Sofiyyah. Teringat pula masa tu hari terakhir mengandungkan Sofiyyah, esoknya tu tup-tup beranak. So Wani pun tempah lah kek ni dengan Kak Mery, kenalan ofismate Wani. Memang kek snow cheese Kak Mery ni sedap sangat, very light and airy, makan banyak-banyak pun tak muak! Masa Kak Mery deliver kek ni, dia terkejut tengok Wani, perut membesar bak juara. Ya lah, dah memang tunggu masa je nak beranak time tu, nasib baik sempatlah merasa kek ni sebelum berpantang...kalau tak terliur anak nanti! kekeke.

Ok, berbalik kepada tujuan asal, resepi ini Wani cedok dari blog masakan feveret wani, Azie Kitchen. Feveret, sebab apa2 yang Azie tulis dalam blog dia dan Wani dah try, semua menjadi! sedap dan paling penting, mudah! Especially kek ni, tak banyak songeh la compared to cake lain. Jom kite tengok apa resepinya ye!


Resepi Kek Snow Cheese


Bahan-bahan Kek

100 gm tepung gandum*
60 gm tepung jagung*
1 sk baking powder*
6 biji telur - 4 biji whole telur, 2 biji telur kuning SAHAJA.
100 gm gula kaster
1 sb ovallete
75 gm butter - dicairkan

Bahan-bahan Krim Cheese

250 gm cream cheese
120 gm susu pekat manis - Wani guna lebih, dalam separuh tin. Kene pepandai rasa lah na.

Cara-caranya:

1. Panaskan oven ke 160 darjah  - untuk oven Wani, guna 180 degree. Pandai2 lah adjust ye.
2. Satukan dan ayakkan bahan bertanda *.
3. Masukkan semua bahan diatas kecuali butter. Pukul guna beater dengan kelajuan sederhana, sampai adunan sebati, putih dan pekat. - part ni bestt sebab takde step pun masuk je semua then pukul hahahaha.

Perlu ke amek gambar ni?lol.
             

Ni lah Ovallete.

Nampak, dah putih bukan?
4. Masukkan butter cair tadi, kemudian pukul hingga sebati. Ada resepi lain dia kaup balik je, Wani pulak pukul guna speed sederhana sampai dia sebati je, sebab takut overbeat.

5. Masukkan adunan dalam acuan yang telah digris + ditepungkan. Kalau ada kertas minyak, guna la kertas minyak. Acuan saiz 8 in, sebab nanti nak bahagi dua pulak.

sebenarnya adunan dia takdelah cair mcm ni, ni wani kurang beat rasanya. Sepatutnya kena beat sampai dia light, macam kek span, tapi disebabkan Wani cuak overbeat so jadilah ia camni...tapi lepas masak kek tu, ok je texture nya.
tapi kalau beat lama sikit, mungkin kek ni jadi lebih airy dan spongy.

6. Bakar dalam oven dalam masa 45-1 jam, atau hingga masak.

7. TIPS: bila kek dah masak, keluarkan terus dari oven, pastu terbalikkan acuan dalam lebih kurang 1 minit. Pastu terbalikkan semula ke keadaan asal. Sebab? tak nak bagi kek mendap. sejukkan kat luar pun takpe. haa part ni lain sket daripada kek biasa Wani buat, salunye kene biar dulu kek dalam oven kan baru keluarkan.huhu.

8. Lepas kek sejuk, bahagikan kek kepada dua bahagian. Wani guna kaedah benang. Putar krim cheese dan susu pekat hingga sebati.

Rata kan? guna benang aja.
Kredit kepada sumber daripada blog ni: http://anyambakul.blogspot.my/2011/12/tips-potong-kek-guna-benang.html

Guna tatura aja.
9. Letak selapis krim pada permukaan tengah kek. Note: letak je tebal2 kat lapisan ni, sebab banyak jugak lebihan krim. Wani letak sedang molek je sebab takut tak cukup, sekali melebih-lebih. takpun, kurangkan cream cheese kepada 200 gm je, 50 gm tu simpan utk sos cinnamon roll ka..hehe.



10. Letak kek atas lapisan krim tu dan lepa krim di bahagian luar kek.

Time ni krim cheese tu dah nak start melembik..sebelum tu elok je frosting sebab baru keluar dari peti..


11. Taburkan shredded cheddar cheese di luar dan siap!

Meruntun jiwa...arghh~~sedap!



You Might Also Like

0 comments