Fudgy Chewy Brownies

October 08, 2017

Haritu adelah mengidam nak makan brownies. Dekat seminggu mengidam, ingatke ada 'isi' HAHAHA. tapi punyelah malas nak berbaking...sampai la suatu tahap tak lena tidur, tak lalu makan, tak basah mandi, selagi tak dapat makan brownies ni. so Wani pun start la google, kebetulan masa tu bahan pun limited, maka resepi yang Wani jumpa bawah ni memang perfect la!

sedapnya...terliur pulak teringat brownies ni!

 Brownies untuk resepi ni lain sikit daripada brownies konfem kedut haritu; texture haritu lebih kepada cake-ish, yang ni lebih kepada fudgy dan chewy - just how i love my brownies! depending on your own preference, ada orang suka texture macam cake, ada orang suke fudgy, ada orang tak suka chewy - so it's always a trial and error - dan sedap kat tekak kita tak semestinya sedap kat tekak orang lain ye dok? Apapun, bagi peminat fudgy chewy brownies, this is the recipe to go!

Jom kite tengok, macam mana nak hasilkan Fudgy Chewy Brownies ni..

Resepi Fudgy Chewy Brownies
Sumber asal: http://gimmedelicious.com/2015/11/18/the-best-ever-brownies-fudgy-moist-chewy/

115 gm butter - dicairkan - Wani guna buttercup aja
60 gm dark chocolate - dicairkan - Wani guna jenama Tunas Manja (dah itu je ada lol - sila guna jenama Beryl's dan ke atas untuk rasa yang lebih sedap)
1 cawan gula - I reduced to 3/4 cup because I added milk chocolate chips
2 bj telur - dipukul
1/2 tsp vanilla extract - Chef Amir's -saviour sebab rasa vanilla yang sedap!
1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn semi-sweet chocolate chips - i used chopped milk chocolates instead
1/2 cwn kacang walnut - chopped

Cara-cara:
1. Cairkan butter dan coklat menggunakan kaedah double boiling.
2. Pukul telur dan esen vanilla hingga sebati/
3. Setelah coklat cair. masukkan gula dan kacau.
4. Masukkan adunan telur tadi dan kacau lagi.
5. Tambah tepung, chocolate chips dan walnut dan kaup balik hingga sebati. Jangan overbeat ya.
6. Masukkan adunan dalam acuan 8 x 8 (wani guna 8.5 x 8.5, jadi browniesnya nipis sket tapi ok jee)
dan bakar pada suhu 160 degree selama 30-35 minit. Sejukkan selama 15 minit sebelum di potong.

TIPS: simpan dalam peti semalaman, esoknya brownies akan jadi extra chewy!yums!

Fresh from the oven.


helok je kedutan dia.ingatke tak kedut sebab guna coklat murah.haha.

You Might Also Like

0 comments